Isi Kandungan Blog

World Time

PENGENALAN

GARAM KRISTAL GUNUNG HIMALAYA adalah garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia.

Garam Gunung Himalaya berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam memudharatkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garam merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudharatannya.

Garam bukit menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya.Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.

Fakta
- Garam meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol
- Melancarkan pengaliran jus hempedu, penting dalam pengawalan berat badan.
- Dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit.
- Garam mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, bersifat penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan dalam perut.
- Garam mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus.
- Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone minerlisation).
- Bersifat pengalir yang efisien
- Garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat kepada otak.
- Sifat penyerapan garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar.
- Garam menambahkan kandungan oksigen dalam darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.

PENGETAHUAN : GARAM BUKIT GARAM KESIHATAN

Apakah dia antara RAHSIA MAKANAN TERNAKAN yang bermutu tinggi & berkhasiat? terdapat satu unsur semulajadi yang Allah jadikan dengan kesempurnaan sifatnya memberikan banyak manfaat kepada manusia, tumbuhan dan haiwan, yakni kewujudan garam bukit.

KEBAIKAN GARAM BUKIT:
- menyihatkan tubuh badan dan menyeimbangkan cas dalam tubuh
- melancarkan darah
- menyuburkan kesihatan ternakan
- membunuh kuman dalam udara

Garam bukit atau yang dipanggil rock salt ini wujud sebagai lapisan mendapan mineral di kawasan tanah tinggi, di bukit-bukau,gunung-ganang dan ada juga di kawasan laut/tasik yang surut atau di playa. garam bukit terhasil daripada mendapan garam daripada laut sejak beribu-ribu tahun dahulu.

KETAHUI RAHSIA MAKANAN TERNAKAN YANG BERKUALITI TINGGI
Tekanan tinggi yang terhasil dari pergerakan lapisan-lapisan bumi, haba, mendapan dan mampatan telah menyebabkan kewujudan garam bukit ini, tak kira samada di kawasan berdekatan laut/paras laut atau kawasan tanah tinggi. oleh sebab garam termampat ini mengumpulkan pelbagai unsur purbakala didalamnya, maka garam bukit menjadi garam yang tinggi kandungan mineral, sempurna dan memiliki semua zat galian yang baik untuk kehidupan.
nama saintifik garam bukit adalah halite, dan kandungannya adalah seperti garam biasa, yakni natrium klorida (NaCl). beza garam bukit dengan garam biasa ialah garam bukit mengandungi berpuluh-puluh unsur surihan/mineral lain didalamnya yang lengkap untuk keperluan tubuh dan ternakan. ia mengandungi pelbagai unsur mineral, mungkin 60-80 jenis mineral termasuk sylvite (KCl) dan gypsum(CaSO4) yang lebih umum. Dilaporkan garam bukit dari Himalaya mengandungi 84 unsur mineral di dalamnya. Garam bukit terbentuk daripada pengewapan laut purba yang menjadi gunung-ganang seperti laut mediterranean dan lautan atlantik.
HIRA’

Garam bukit ini, yang juga dipanggil hira’ tuhan berikan kepada negara kita juga, ianya wujud di kawasan yang sangat tua kewujudannya iaitu di daerah lenggong, perak. Lenggong, perak disahkan oleh para saintis tempatan sebagai daerah yang terpisah dengan kawasan gunung krakatoa di sumatera yang merupakan antara kawasan terawal wujud dalam peradaban manusia. dikawasan ini juga dijumpai manusia purbakala ‘perakman’, pelbagai tumbuhan eksotik seperti rafflesia dan pokok aji serta tanah pamah yang subur.

Penggunaan Lampu Garam

Tepi Katil
Selamat digunakan sebagai lampu malam yang cantik dan menjadikan malam anda suasana yang harmoni dan romantik.

Pejabat
Dapat meningkatkan tahap kosentrasi kerja di samping membersihkan ruang udara dan mengurangkan tekanan.

Bilik Bacaan
Mewujudkan suasana yang menyegarkan dalam proses pembelajaran atau bacaan yang lebih lama.

Tepi Komputer atau Meja Pejabat
Sangat sesuai dan bukan sahaja cantik malah dapat mengurangkan radiasi daripada skrin monitor.

Bilik Rawatan atau Terapi
Mewujudkan suasana yang tenang dan membersihkan udara di sekitar bilik.

Ruang Rehat atau Ruang Tamu
Samada di rumah mahupun di pejabat, menjadi satu hiasan yang cantik dan dapat menikmati suasana harmoni.

Kawasan Merokok
Dapat menghilangkan bau yang kurang menyenangkan dengan cepat

Feng Shui
Menambah tenaga di dalam bilik apabila diletakkan di tempat-tempat yang strategik.

CARA PENJAGAAN
Batu garam mengandungi bahan "hygroscope" bermakna ia mengeluarkan cecair dari persekitaran, oleh itu jauhkan ia daripada air.
Letakkan di temapt kering atau hawa dingin pada setiap masa.
Tidak sesekali meletakkan lampu di kawasan luar yang terdedah pada cahaya. Ia akan menyebabkan batu garam menjadi lembap. Dengan memasang lampu membolehkan ia kering dengan cepat.
Lampu batu garam boleh dipasang setiap masa untuk pengudaraan yang bagus.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment