

Garam semulajadi ciptaan Yang Maha Kuasa, dikenalpasti mempunyai khasiat merawat pelbagai penyakit..
GARAM BUKIT TULEN dlm rawatan..
Penggunaan lampu garam bukit tulen merupakan satu langkah alternative untuk membersihkan udara pada masa kini.penggunaannya juga telah begitu
meluas sehingga ke serata dunia..
Dr.Albert P.Kruger,seorg ahli microbiologi & ahli patologi ujikaji di UNIVERSITI CALIFORNIA mendapati bahawa kuantiti ion negatif yg kecil boleh membunuh & menyingkirkan bakteria dlm udara dgn cepat.ia dpt mengurangkan jangkitan kpd manusia
Kebaikan Garam bukit (Garam Kristal Sole Himalaya)
Ø Membantu mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma.
Ø Meneutralkan & mempertingkatkan kualiti udara.
Ø Membantu mengurangkan sebahagian besar bakteria dalam udara.
Ø Sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi badan
Ø Meningkatkan kapasiti denyutan jantung
Ø Meningkatkan tahap produktiviti kerja / kosenterasi
Ø Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah
KEBAIKAN ION NEGATIF yang dihasilkan oleh lampu garam bukit:
Ø Ion negatif di kenali sebagai 'VITAMIN UDARA'
Ø Membersih udara dr debu,debunga
Ø Menghilangkan bau yg kurang menyenangkan & asap
Ø Mengurangkan tekanan & keletihan kronik
Takrif dan Definisi
___________________________________________________________________________
Apa itu kencing manis? Kencing manis atau bahasa saintifiknya ‘diabetes’adalah satu keadaan di mana penghidap penyakit ini tidak dapat menghasilkan insulin di dalam badan .
Cara menggunakan garam gunung himalaya sebagai penawar kencing manis:
Sedikit garam gunung dengan air suam, 1 sudu makan susu kambing dan diminumPenyakit kencing manis ini terbahagi kepada 2 iaitu :
1. Diabetes Jenis 1
2. Diabetes Jenis 2
Bagi kedua-dua jenis diabetes di atas, menyebabkan paras sejenis gula di dalam tubuh penghidap yang dinamakan gukosa menjadi terlalu tinggi. Jika dibiarkan tanpa kawalan atau perubatan ia boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan yang lain.
Diabetes Jenis 1
Kencing manis jenis ini menyebabkan pankreas atau hempedu tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi bagi membawa gula daripada darah ke sel-sel yang lain dalam badan untuk menghasilkan tenaga. Keadaan ini menyebabkan kandungan gula dalam darah terkumpul dengan banyak dan jika dibiarkan berlarutan lama menyebabkan organ-organ dalaman dan salur-salur darah menjadi rosak.
Diabetes Jenis 2
Dianggarkan lebih kurang 2 juta rakyat Malaysia menghidap sakit kencing manis dan ini juga bersamaan dengan 8 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Daripada jumlah itu 90 hingga 95 peratus yang diperiksa oleh doktor menghidap penyakit kencing manis Jenis 2. Ia adalah keadaan di mana tubuh menghadapi masalah untuk menyerap atau mengggunakan insulin yang dihasilkan lantas menyebabkan paras gula di dalam badan menjadi tinggi.
Tanda-tanda anda menghidap penyakit kencing manis
1. Pandangan mata menjadi kabur
2. Kemampuan seks atau tenaga batin menurun
3. Sering merasa lesu dan badan tidak bermaya
4. Kencing yang kerap dan tidur terganggu kerana kerap kencing pada waktu malam
5. Otot-otot berasa sakit-sakit dan sengal atau berasa kebas-kebas(neuropathy)
6. Dahaga dan lapar yang kerap, dan akibatnya anda makan dengan kerap dan banyak tetapi berat badan tidak bertambah. Ada juga yang mengalami penurunan berat badan yang ketara dalam masa yang singkat.
7. Luka yang lambat sembuh dan luka yang bernanah
8. Kulit menjadi kering dan gatal-gatal
Risiko-Risiko Bahaya Kencing Manis Jenis 2
Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan Diabetes jenis 2 yang anda hidapi. Salah satu sebabdatangnya daripada faktor keturunan atau genetik dan satu lagi daripada sebab persekitaran dan gaya hidup. Antara penyebab-penyebabnya adalah seperti berikut:-
1. Menghidap penyakit darah tinggi dan kolestrol tinggi
Penyakit in adalah penyebab kepada pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah Diabetes jenis 2. Ia boleh menyebabkan salur-salur darah menjadi rosak dan seterusnya membawa kepada penyakit lemah jantung, angin ahmar (stroke) dan kencing manis.
2. Peningkatan usia dan bertambah uzur
Kadang-kadang, sekiranya nasib anda tidak bertambah baik risiko dan kemungkinan mendapat kencing manis adalah tinggi kerana kajian yang dijalankan oleh saintis mendapati pankreas atau hempedu juga menjadi tua seperti kita. Oleh itu ia juga beransur-ansur kurang berupaya mengeluarkan insulin berbanding semasa anda muda. Sebab itu jugalah walaupun seseorang yang berusia mempunyai tubuh yang kurus mereka masih berpeluang untuk menghidap penyakit darah tinggi. Selain daripada itu, faktor umur yang tua juga menyebabkan lebih banyak sel-sel badan menolak serapan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas (hempedu).
3. Keturunan dan sejarah keluarga
Sekiranya anda mempunyai ibu bapa, datuk atau nenek yang mempunyai Diabetes Jenis 2, kemungkinan bagi anda mendapat penyakit ini adalah tinggi.
4. Pernah menghidap diabetes semasa mengandung
Penyakit kencing manis ini yang dihidapi oleh 4 peratus daripada wanita yang mengandung. Ini berlaku apabila hormon yang dihasilkan oleh uri bayi dalam kandungan menolak insulin yang dihasilkan oleh ibunya. Ramai wanita yang mengalami masalah ini akhirnya mendapat diabetes bertahun kemudiannya selapas melahirkan anak. Bayi yang dilahirkan juga berisiko mendapat diabetes apabila membesar kelak.
Takrif dan Definisi
________________________________________________________________________
Menurut ensaiklopedia Wikipedia tekanan darah tinggi atau darah tinggi adalah sesuatu keadaan di mana tekanan darah dalam tubuh meningkat secara melampaui keadaan biasa. Dalam bahasa Inggeris ia juga disebut sebagai "hypertension".Cara menggunakan garam gunung himalaya bagi penghidap darah tinggi:
Sedikit garam gunung dengan 1 sudu makan susu kambing dan diminum.
Cara-cara untuk menjauhi dan meredakan tekanan darah tinggi
1. Mengurangkan pengambilan garam biasa atau sodium dalam masakan dan makanan yang diambil setiap hari.
Seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi biasanya akan dinasihatkan oleh doktor agar mengurangkan pengambilan garam. Iaitu sama ada garam yang dicampurkan ke dalam masakan dan lauk-pauk atau makanan yang siap diprosesseperti kicap, sayur-sayuran jeruk, makanan dalam tin, mee segera dan lain-lain makanan yang diproses di dalam tin dan bungkusan plastik .
Kajian yang dijalankan oleh saintis juga menunjukkan individu yang makan kurang 1500 miligram garam sehari dapat mengurangkan risiko diserang tekanan darah tinggi. Ia juga dapat menggalakkan ubat tekanan darah tinggi berfungsi dengan lebih baik.
Oleh itu bagi anda yang selalunya memakan lebih garam daripada yang sepatutunya, jumlah yang disyorkan oleh pakar ialah kurang daripada 2400 miligram sehari (lebih kurang 1 sudu kecil garam)2. Mengamalkan corak pemakanan yang seimbang.
Pemakanan yang seimbang seperti yang disyorkan oleh doktor dan pakar-pakar pemakan dapat mengurangkan risiko diserang tekanan darah tinggi dan merendahkan atau meredakan tekanan darah tinggi bagi mereka yang menghidap penyakit ini.
3. Berhenti merokok
Bagi anda yang merokok ini akan menyebabkan dinding-dinding salur darah mereka menjadi rosak dan menyebabkan arteri-arteri darah menjadi lebih cepat menjadi keras. Ini berlaku lebih cepat berbanding dengan usia mereka. Tidak kira roko tersebut mempunyai penapis atau tidak ia tetap memberikan kesan yang sama.
Salur-salur darah dan arteri yang rosak akan menyebabkan perjalanan darah menjadi kurang lancar dan oleh itu bagi anda yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko lebih mudah dan lebih kerap diserang darah tinggi. Selain itu merokok juga menjadikan anda yang menghidap tekanan darah tinggi mudah mendapat risiko penyakit lemah jantung.4. Selalu bersenam
Dengan mengamalakn corak senaman yang baik anda dapat mengelakkan atau mengawal tekanan darah tinggi yang anda hidapi. Selain tiu ia juga dapat mengelakkan penyakit lemah jantung. Amalkan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, paling minimum ialah anda boleh berjalan selama 1 hingga 1 setengah jam, 3 kali seminggu.
Sekiranya anda boleh berjogging adalah lebih baik. Gunakanlah kemudahan rekreasi seperti taman-taman awam yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau majlis-majlis perbandaran/bandaraya di tempat anda. Ingatlah bersenam itu adalah pelaburan unutk kesihatan anda!5. Mengurangkan pengambilan minuman keras
Sekiranya anda mengamalkan minum minuman keras atau arak anda adalah lebih mudah diserang penyakit darah tinggi dan lebih kerap menerima serangan. Arak atau alkohol juga menyebabkan organ-organ dalaman tubuh seperti hati, otak dan jantung menjadi rosak. Minuman beralkohol mengandungi kadar kalori dan gula yang tinggi dan ia juga menyukarkan anda untuk mengurangkan kadar berat badan. Oleh itu elakkan daripada meminum minuman keras dan sekiranya anda mengamalkannya, belajar berhenti dari sekarang secara beransur-ansur.
6. Kekalkan berat badan yang sihat
Berat badan yang sihat dan ideal dapat mengelakkan anda daripada mendapat tekanan darah tinggi. Kajian yang dijalankan mendapati berat badan yang meningkat juga menyebabkan tekanan darah meningkat pada masa yang sama. Kajian yang dijalankan juga mendapati dengan mengurangkan berat badan kepada 5 kilogram, anda dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dengan drastik. Pengurangan sebanyak 5 kilogram sahaja merupakan satu perbezaan yang besar bagi mereka yang gemuk serta mempunyai darah tinggi pada masa yang sama.